Monday, September 12, 2011

MAJLIS PENYERAHAN ILMU 2011

Majlis Penyerahan Ilmu diadakan pada hari yang sama dengan Solat Hajat. Majlis diadakan bagi memberi peluang kepada semua murid untuk memohon keberkatan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru sepanjang Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis ini amat memberi kesan kepada murid-murid di mana ada yang telah mengalirkan airmata tanda bersyukur di atas kurniaan yang telah dikecapi. Majlis ini diakhiri dengan acara bersalaman antara guru-guru dan murid-murid.

*** Gambar akan menyusul.

SOLAT HAJAT UPSR 2011

8/9/2011 (Khamis) - Solat hajat khusus untuk calon-calon UPSR 2011 telah diadakan. Semua ibu bapa murid Tahun 6 telah dijemput hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan Solat Hajat terlebih dahulu dengan diimankan oleh Tuan Imam Masjid Peringat (Tok Imam Ahmad). Selepas itu bacaan Surah Yassin secara berramai-ramai. Pada keseluruhannya kedatangan para ibu bapa murid amat membanggakan kami. Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi.

*** Gambar akan menyusul.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada 5/9/2011 (Isnin)Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan. Pada hari tersebut semua murid memakai pakaian hari raya masing-masing. Beberapa aktiviti telah dirancang seperti persembahan murid, persembahan guru dan mewarna sempena hari raya. Pada pukul 11.00 pagi murid-murid mula dihidangkan dengan jamuan hari raya iaitu satey dan roti. Acara tamat pada pukul 12.45 tgh.

*** Gambar akan menyusul.

Thursday, August 25, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

En. Ahamed b. Ismail
Guru Besar SKPM.

Assalamualaikum kepada semua warga SKPM di mana sahaja berada. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI insyaAllah pada hari Selasa (30/8/2011). Saya mengharapkan agar perayaan itu nanti akan disambut dengan penuh meriah bersama keluarga tercinta.
Kepada murid-murid Tahun 6 pesanan saya, disamping kita beraya jangan dilupa tanggungjawab kita nanti pada 13, 14 & 15/9/2011 iaitu UPSR 2011. Buku perlu dibaca dan latihan perlu dilakukan secara konsisten.
Akhir kata, saya dan keluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih
Jika ada kesalahan, pasti ada maaf

Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu
Kemudian berpisah seiring dengan waktu
Bila selama kita seiring jalan ada seteru
Saya hulur maaf dan keredhaan untuk itu

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena

TERumpat bila bila
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan

Wednesday, August 24, 2011

PENGUMUMAN

KUTIPAN SUMBANGAN MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 2011
Sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah akan diadakan pada 5/9/2011 (Isnin). Sehubungan dengan itu, pihak ibu bapa murid-murid dialu-alukan menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM 2.00 bagi setiap murid. Sumbangan tersebut bolehlah diserahkan kepada guru kelas masing-masing. Sumbangan ikhlas tersebut amatlah dihargai oleh pihak sekolah.

MAJLIS SOLAT HAJAT & MAJLIS PENYERAHAN ILMU UPSR 2011
Majlis tersebut akan diadakan pada 8/9/2011 (Khamis) jam 8.00 pagi bertempat di Surau SKPM. Semua ibu bapa murid Tahun 6 dijemput hadir. Disamping solat hajat, bacaan Yassin juga akan diadakan. Majlis Penyerahan Ilmu pula akan diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan SKPM. Semua guru dijemput hadir.

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2011
Cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 26/8/2011 hingga 3/9/2011. Kita semua dijangka akan menyambut hari raya pada hari Selasa (30/8/2011). Selamat Hari Raya buat semua warga SKPM. Maaf Zahir & Batin.

Friday, August 19, 2011

KEPUTUSAN TERKINI PERCUBAAN UPSR 2011

Menurut S/usaha Peperiksaan, Sains seramai 26 orang (A) dan Bahasa Inggeris 26 orang (A). Setelah diteliti seramai 17 orang mungkin akan dapat 5A dalam Percubaan kali ini. Ini berlaku kerana ada berlaku silang subjek iaitu ada calon yang dapat A subjek Sains tapi dapat B subjek Bahasa Melayu. Namun begitu keputusan rasmi akan dapat diketahui pada hari Ahad nanti. Insya Allah.

Wednesday, August 17, 2011

TAHNIAH

Tahniah buat guru-guru SKPM yang mendapat cahaya mata pada tahun ini. Kami mendoakan semoga sentiasa berada di dalam rahmat Nya dan 'Happy Sokmo'. OK.

TERKINI - Pn. Norhasnidah ( Baby Girl ) & Pn. Hashimah (Baby Girl) sedang bercuti bersalin. Manakala Pn. Aminah selamat melahirkan ' Baby Boy '. Tahniah daripada kami semua.

Tuesday, August 16, 2011

KEPUTUSAN AWAL PERCUBAAN UPSR 2011

Alhamdulillah Peperiksaan Percubaan UPSR dan Ujian Bulan Ogos dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan. Menurut Cikgu Hamidi (S/Usaha Peperiksaan), semua ujian dapat dijalankan dengan lancar.
Daripada sumber yang baru diterima, BM Kefahaman 24 orang (A), BM Penulisan 30 orang (A) dan Matematik 25 orang (A). Menurut Cikgu Raja Mansor, subjek Sains kemungkinan murid dapat A juga akan meningkat begitu juga Bahasa Inggeris. Adik Ain Samihah (Ketua Pengawas) menyatakan soalan Bahasa Inggeris agak mudah untuk ujian kali ini. Namun begitu ada juga dalam kalangan rakan-rakan beliau yang cuai dalam menjawab soalan tersebut.
Semua warga SKPM mengharapkan agar keputusan yang baik akan dapat dicapai dalam ujian pada kali ini. Insya Allah.

PENDAFTARAN PRA SEKOLAH UNTUK TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun bolehlah datang ke sekolah untuk mendapatkan borang kemasukkan ke Tahun Satu bagi sesi persekolahan Tahun 2013, 2014 dan 2015. Borang tersebut boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu pejabat sahaja. Sebarang pertanyaan bolehlah datang ke sekolah.
PENDAFTARAN INI DIBUKA MULAI 1 MAC 2012 HINGGA 30 APRIL 2012.
Kerjasama semua ibu bapa amat diharapkan, terima kasih

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 sedang dijalankan iaitu bermula 14 - 16 Ogos 2011. Disamping itu Ujian Bulan Ogos juga diadakan serentak untuk Tahun 5 - Tahun 2. Kami semua warga SKPM mengharapkan adik-adik Tahun 6 dapat menghasilkan keputusan yang terbaik untuk Ujian Percubaan pada kali ini. Insya Allah.

Wednesday, December 15, 2010

SEMAKAN KEMASUKAN KE TING. 1 SMKA 2011

Semakan boleh buat mulai 15/12/2010 dengan layari website ini

http://www.spikel.bpi.edu.my/

Friday, December 3, 2010

PRA SEKOLAH DITAMBAH

Mulai sesi persekolahan 2011, SKPM amat bertuah kerana telah mendapat sebuah lagi bangunan Pra Sekolah. Oleh itu lebih ramai lagi murid-murid dapat diambil untuk sesi persekolahan 2011. Selalunya hanya seramai 25 orang sahaja tetapi kali ini 50 orang murid telah diambil.
Semoga kemudahan ini akan dapat digunakan sebaik yang mungkin.

UJIAN KEMASUKKAN KE SMKA 2011

4 Dis - Sabtu > Ujian kemasukkan ke sekolah-sekolah menengah agama seluruh Kelantan akan diadakan pada 4/12/2010 pada jam 9.00 pagi bertempat di beberapa buah pusat. Ke semua murid SKPM yang memohon ke sekolah ini mengambil ujian di Sekolah Kebangsaan Melor Padang Raja. Diingatkan semua murid yang terlibat dapat pergi lebih awal dan pastikan semua dokumen telah dibawa.

Semoga berjaya menjawab semua soalan dengan baik. Insya Allah.

Friday, November 12, 2010

UPSR 2010


Khamis, 11 Nov - Secara rasminya keputusan Peperiksaan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini. Ada berita suka dan ada berita duka.

Khusus untuk SKPM, seramai 18 orang berjaya mendapat 5A berbanding 21 orang pada tahun 2009. Angka bukan menjadi ukuran tetapi angka 18 orang pasti tidak akan tercapai seandainya tiada komitmen pada semua pihak baik murid ataupun guru dan pihak pentadbir. 18 atau 21 itu bukan ukurannya, tapi kejayaan tetap kejayaan dan ianya perlu diraikan oleh semua warga SKPM.

Kepada semua murid yang mendapat 5A, teruskan kejayaan anda untuk peperiksan yang akan datang dan jadilah insan yang dihargai oleh semua orang. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Jadikan keputusan ini sebagai cabaran untuk kejayaan yang lebih manis untuk masa depan.

Kepada semua guru dan pimpinan sekolah yang diketuai oleh Tuan Guru Besar (En. Ahamed), tahniah dan syabas di atas kejayaan ini. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan cikgu dan rakan-rakan guru tidak akan terbalas walaupun dengan jutaan ringgit sekali pun. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Insya Allah.

TAHNIAH. JANJI YANG CEMERLANG. BUAT HABIS BAIK.
AMIN.

Sila Klik : Gambar sekitar Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR 2010

Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-53

Pada pagi 29 Ogos, satu majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Pelancaran dibuat semasa perhimpunan pagi dengan melepaskan belon yang membawa Jalur Gemilang ke ruang udara oleh guru besar, Encik Ahamed b Ismail. Pelancaran ini merupakan agenda awal bagi meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

Pada hari berikutnya, kawasan sekitar sekolah dinaikkan bendera Jalur Gemilang. Seterusnya, pertandingan menghias kelas bertemakan kemerdekaan diadakan secara berterusan.

Sebagai kemuncak sambutan, satu majlis sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53 diadakan pada 2 September bermula jam 9.30 a.m sehingga 12.45 pm. Antara pengisian majlis tersebut ialah:

- nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Kemerdekaan
- tayangan sidang video Perutusan Hari Kemerdekaan oleh Perdana Menetri Malaysia
- persembahan murid bertemakan kemerdekaan
- deklamasikan sajak kemerdekaan
- tayangan filem 'Sarjan Hasan'
- Kuiz kemerdekaan

'Selamat Hari Kebangsaan' dan ' 1 Malaysia Menjana Transformasi'